December 9th, 2014

Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan,29, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi. Lafaz cerai dilakukan oleh Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

romie liyana manan cerai

Azmi kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Nur Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian yang dipersetujui antara Nur Liyana (plaintif) dan Romie (defendan) iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000 selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah. Selain itu mahkamah merekodkan persetujuan plaintif yang tidak akan menuntut mutaah daripada bekas suaminya.

romie liyana bercerai

Semoga penceraian ini menjadi titik permulaan untuk kehidupan yang lebih bahagia buat Liyana Manan. Terlalu lama Liyana terseksa dengan kontroversi yang pernah melanda dirinya, Romie dan Hanez Suraya. Semoga Romie dan Liyana bekerjasama dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak mereka. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...