Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Romie, Kekasih Hanez Suraya Mahu Bercerai Secara Baik Dengan Liyana Manan

Kekasih Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais ingin bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu. Sepanjang perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Tarikh 16 Jun depan akan menentukan sama ada proses penceraian akan dilakukan secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana akan berjalan seperti biasa.

liyana manan

Advertisement

Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang semalam.
hanezMenurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai secara baik. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar jalan penyelesaian terbaik akan dapat dicapai oleh pasangan ini. Info asal Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top