Prosiding yang sepatutnya berlangsung semalam untuk sebutan permohonan lafaz cerai antara Liyana Manan dan Romie Razin terpaksa ditangguhkan kerana Romie menghilangkan diri dan gagal dikesan. Cubaan menyerahkan notis saman kepada Romie selaku defendan sebanyak 3 kali juga menemui jalan buntu kerana ketiadaan lelaki itu di aamat serahan. Susulan itu, peguam yang mewakili Liyana memohon agar notis secara dibenarkan untuk dilakukan pada alamat kediaman Romie.
Menurut peguam syarie yang mewakili Nur Liyana, Siti Noraira Mat Johar dalam hujah di hadapan Hakim Syarie Azmi Aziz berkata, pihaknya sudah tiga kali mencari kekasih Hanez Suraya itu dengan kali pertama pada 27 September lalu di kediaman ibunya di Taman Sri Andalas, Klang dan dua kali pada 8 dan 10 Oktober lalu di pejabatnya di Seksyen 13, di sini, namun gagal.
Agaknya Romie terlalu sibuk menguruskan perniagaan sehingga jarang berada di rumah. Apa pun, perkara mahkamah perlu diambil serius oleh kesemua pihak yang terbabit. Sama-samalah kita doakan agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin sekaligus melenyapkan kontroversi yang melanda semua pihak.
P.S: Banye, kucing yang mudah terkejut