Sebuah bas yang membawa jemaah haji pada awal pagi Sabtu lalu di Bandar Jenin, utara Tebing Barat telah dirempuh oleh sebuah kenderaan tentera Israel, lapor Sinar Harian.
Insiden tersebut berlaku berhampiran Dataran Pentadbiran Jenin ketika bas itu sedang bersiap untuk bertolak ke Bandar Jericho dan telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan penumpang.
Menurut saksi dan pegawai tempatan, pelanggaran dua kenderaan itu dipercayai disengajakan dan Timbalan Gabenor Jenin, Mansour Al-Saadi juga mengesahkan bahawa kenderaan tentera Israel merempuh secara langsung bas itu.
Bas itu membawa jemaah warga emas, kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga syuhada dan rakyat Palestin yang cedera.
Beberapa penumpang lain juga dilaporkan menghidap penyakit kronik. Meskipun tiada kecederaan yang berlaku namun bas mengalami kerosakan dan insiden terbabit menyebabkan tekanan emosi yang besar dalam kelangan jemaah.
Terdahulu, jemaah haji terbabit dijadualkan menyeberangi sempadan Jambatan Karama dari sana ke Jordan sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.