Romantis Ucapan Datin Alyah Buat Tok Ram Sempena Hari Lahir

Hiburan

Romantis Ucapan Datin Alyah Buat Tok Ram Sempena Hari Lahir

Tarikh 16 November merupakan satu tarikh istimewa bagi Datuk Ramli MS kerana ia merupakan tarikh lahirnya dan penyanyi Datin Alyah dilihat tidak melepaskan peluang menyambut ulang tahun kelahiran suami tercintanya itu.

Datin Alyah 'Geram' Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza
2 years ago

Datin Alyah 'Geram' Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan Alyah menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Terima kasih jaga dan sayang saya, selalu masakkan untuk saya sampai gemuk saya.

Dalam perkongsian tersebut, Alyah sempat memberi ucapan selamat hari lahir serta menitipkan doa dan dedikasinya buat Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan gelaran Tok Ram.

Bukan itu sahaja, video serta gambar kandid sekitar majlis sambutan hari lahir tersebut turut dikongsikan Alyah menerusi Insta Stories di laman Instagramnya.

Majlis hari lahir tersebut disambut secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah dengan dihadiri beberapa rakan terdekat termasuk penyanyi, Ayu Damit.

Datin Alyah & Tok Ram

Menjengah ke ruangan komen terhadap video yang pada awalnya dikongsikan Alyah menerusi laman TikTok itu, para peminat sempat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Tok Ram selain mendoakan yang baik-baik buat Alyah seisi keluarga.

Sekadar info, Datin Alyah telah mendirikan rumah tangganya bersama maestro muzik Datuk Ramli MS pada tanggal 18 Mac 2013 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...