Tarikh 16 November merupakan satu tarikh istimewa bagi Datuk Ramli MS kerana ia merupakan tarikh lahirnya dan penyanyi Datin Alyah dilihat tidak melepaskan peluang menyambut ulang tahun kelahiran suami tercintanya itu.
Perkara tersebut turut dikongsikan Alyah menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.
Terima kasih jaga dan sayang saya, selalu masakkan untuk saya sampai gemuk saya.
Dalam perkongsian tersebut, Alyah sempat memberi ucapan selamat hari lahir serta menitipkan doa dan dedikasinya buat Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan gelaran Tok Ram.
Bukan itu sahaja, video serta gambar kandid sekitar majlis sambutan hari lahir tersebut turut dikongsikan Alyah menerusi Insta Stories di laman Instagramnya.
Majlis hari lahir tersebut disambut secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah dengan dihadiri beberapa rakan terdekat termasuk penyanyi, Ayu Damit.
Menjengah ke ruangan komen terhadap video yang pada awalnya dikongsikan Alyah menerusi laman TikTok itu, para peminat sempat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Tok Ram selain mendoakan yang baik-baik buat Alyah seisi keluarga.
Sekadar info, Datin Alyah telah mendirikan rumah tangganya bersama maestro muzik Datuk Ramli MS pada tanggal 18 Mac 2013 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.