Rohana Jalil Tegur Wak Doyok Isu Komen Berbaur Seks

Hiburan

Rohana Jalil Tegur Wak Doyok Isu Komen Berbaur Seks

Isu komen berbaur seks Wak Doyok di Instagram Kilafairy, telah mendapat perhatian ibu pelakon tersebut Rohana Jalil yang menyifatkan tindakan ikon fesyen tersebut adalah tidak wajar sama sekali.
Sebagai seorang selebriti, Wak Doyok seharusnya menjaga batasan serta tindak-tanduknya agar masyarat tidak memandang serong terhadap mereka meskipun Wak Doyok sudah memhon maaf sebelum ini.

Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini.

Rohana juga sebelum ini yang mempunyai pengalaman berkawan dan rapat dengan rakan artis yang lain, selalu mengingati pesan ibunya agar menjaga batas pergaulan walaupun berkawan dengan lelaki yang mempunyai perwatakan lembut.

Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim.

Advertisement

Pada pendapat kami, isu ini kedua-dua pihak ada salahnya. Nasihat sahaja tidak cukup jika tidak mahu anak kita sering menjadi simbul seks. Wak Doyok dah kena tegur, lepas ni jangan lupa tegur anak sendiri pakai seksi. Baru adil

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...