Isu kematian tragis pelajar, Zara Qairina Mahathir, terus menjadi perhatian di media sosial. Namun, baru-baru ini timbul pula satu dakwaan pelik apabila seorang individu meninggalkan komen mengatakan dia mahu akaun TikTok ibu Zara kerana kononnya roh remaja itu sedang “sedih” melihat ibunya sakit.
Individu tersebut menulis bahawa roh Zara “nampak mamanya” tetapi orang lain tidak dapat melihatnya. Dakwaan itu segera mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap kenyataan tersebut sebagai tidak wajar dan keterlaluan.
View on Threads
Seorang pengguna media sosial menegur dengan tegas:
Apa benda ni weh, korang sumpah stop this nonsense. Kita nak justice jugak tapi agak-agaklah… ni dah macam karut sangat siap cakap roh Zara tengah sedih sekarang. Shut up la, kau Uzma ke boleh detect roh orang.
Rata-rata warganet menyifatkan tindakan individu berkenaan tidak sensitif dan hanya menambahkan spekulasi yang tidak berasas.
Mereka menegaskan fokus sepatutnya diberikan kepada siasatan kes serta usaha mencari keadilan untuk Zara Qairina, bukannya membuat cerita mistik yang tidak membantu.