Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan kepada seorang lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ selepas didapati bersalah merogol seorang wanita berstatus suami orang, empat tahun lalu.
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, 36, selepas mahkamah mendapati pembelaan daripada tertuduh lebih kepada bersifat penafian semata-mata.
Pembelaan dibuat tertuduh juga tidak dapat menyangkal kes prima facie pihak pendakwaan. Selepas mendengar hujahan lisan dan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak, mahkamah dalam kes ini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Kredit: Berita Harian
Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan daripada isteri tertuduh yang juga saksi pembelaan ke-11 (SP11) lebih kepada rekaan semata-mata dan tidak boleh dipercayai.
Berdasarkan fakta kes, Long Tiger didakwa merogol wanita berusia 19 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak antara 1 tengah hari dan 2.05 petang pada 26 September 2019.
“Lebih menjijikkan apabila tertuduh merogol mangsa yang baru beberapa hari mengalami keguguran. Mangsa adalah pekerjanya hingga sanggup diperlakukan sedemikian,” kata Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Arif Marzuki.

Kredit: Astro Awani
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Ketika diiringi polis keluar dari mahkamah, Long Tiger yang dirakam oleh banyak lensa kamera dan menjumpai ramai wartawan mengugut,
Kalau ambil gambar aku baling selipar.