Rogol Dan Ugut Bunuh Anak Kandung, Bapa Dihukum Penjara 45 Tahun & 240 Sebatan

Berita

Rogol Dan Ugut Bunuh Anak Kandung, Bapa Dihukum Penjara 45 Tahun & 240 Sebatan

Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam setelah dia didapati bersalah merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak tujuh tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.

Mahkamah juga telah menetapkan hukuman penjara itu berjalan serentak dan berperingkat dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 September 2022, menjadikan hukuman keseluruhan berjumlah 45 tahun dan maksimum 24 sebatan.

Advertisement

Fakta kes menunjukkan tertuduh berusia 56 tahun itu melakukan tindakan jijik itu di kediamannya sejak kedua-dua anaknya berusia 12 tahun.

utusanSumber : Utusan Malaysia  

Lebih tragis, lelaki bergelar bapa itu berani melakukan perbuatan terkutuk ketika isterinya berada di rumah dan ia mula terbongkar setelah isterinya melihat terduduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September 2022.

Dia yang mempunyai dua isteri dikatakan menjadikan kedua-dua mangsa sebagai hamba seks selepas mereka mencecah usia 12 tahun dengan melakukan perbuatan terkutuk di setiap ruang rumah termasuk atas sofa ruang tamu dan tangga rumah.

Tertuduh yang didakwa atas 28 pertuduhan itu kemudiannya merayu agar mahkamah mengambil kira keadaan kesihatannya yang merosot kerana menghidap penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, sakit kulit kronik serta masalah tulang belakang, selain telah insaf dan mendakwa ahli keluarganya sudah memaafkan perbuatan berkenaan.

Dalam prosedur berasing, tertuduh turut dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut ingin membunuh isteri dan anak-anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bapa dakwa diri ada saka perkosa anak seawal usia 12 tahun
2 years ago

Dakwa Diri Ada 'Saka', Bapa Kejam Jadikan Anak-Anak Perempuan 'Hamba' Seks Seawal Usia 12 Tahun

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...