Rogol Dan Cabul OKU, Lelaki 56 Tahun Ditahan Polis

Trending

Rogol Dan Cabul OKU, Lelaki 56 Tahun Ditahan Polis

Kes jenayah seperti rogol ini semakin berleluasa dari hari ke hari.

Situasi ini bukan sahaja memberi ancaman kepada golongan wanita, malah turut menjadikan negara ini tidak selamat kerana masih lagi dikelilingi manusia yang kejam sebegini.

Advertisement

Terkini, seorang lelaki berusia 56 tahun telah ditahan di Kampung Banting Meraba selepas dipercayai merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

Perkara itu terbongkar selepas mangsa berusia 24 tahun terbabit mendedahkan kejadian berkenaan kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis.

Lebih mendukacitakan, ini bukan kali pertama suspek merogol mangsa, tetapi sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini dan terbaru didakwa pada 17 Mei lalu. Kejam!

Untuk menutupi kegiatan kotor itu, suspek turut didakwa memberi amaran akan memarahi mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain.

Bukan itu sahaja, mangsa turut mengaku suspek pernah mencabulnya beberapa kali sebelum ini.

Mangsa akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut.

Yusoff Zaki yang merupakan Ketua Polis Beaufort berkata, mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan sukar menerangkan kejadian yang berlaku terhadapnya.

Katanya, suspek berjaya ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dan siasatan masih diteruskan.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Macam-macam perkara diluar kewarasan akal berlaku sekarang ya. Sungguh menyedihkan terutama pada golongan OKU yang tidak terdaya untuk melawan dek kebatasan diri sendiri.

Semoga suspek akan segera ditangkap dan diadili seadilnya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...