Sebelum ini, pemuzik Rody Kristal telah melamar penjaga gawang Futsal kebangsaaan, Niena Azman melalui akaun Instagramnya. Kelmarin, 4 November 2017, Rody dan Nur Izwani Azman, atau Niena telah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang dikatakan penjaga gawang paling cantik itu.
Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin, 31, menulis:
Terima kasih semua yang sudi menjadi wakil meminang semalam. Paksu, Maksu, Mak Ngah, Mak Uda, Tok Pora, Kak Nini, Abang Arzad, Bob Erna, Kak Tini, adik-beradik.
Terima kasih Mak ngan Ayah sebab merestui dan mendoakan hubungan saya sampai ke majlis meminang. Insyaallah selepas ni majlis akad nikah pula.
Terima kasih juga abah dan mama serta seluruh keluarga @niena_azmann yg menerima dan percaya saya untuk menjaga, menyayangi anaknya dan menjadi ahli keluarga mereka.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Percintaan mereka berusia enam bulan waktu Rodi melamar September lepas dan seperti pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang usia percintaan mereka masih baru, Rody dan Nina telah menapak selangkah lagi dengan melangsungkan pertunangan. Majlis mereka telah berlangsung di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor. Bagus tu, tak payah bercinta lama-lama sangat, ya tak?
Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan baik sehingga hari perkahwinan mereka nanti. Tahniah diucapkan kepada Rodi dan Niena atas pertunangan ini. – beautifulnara.com