Robot Itik Kerjakan Sawah Di Jepun

Teknologi

Robot Itik Kerjakan Sawah Di Jepun

Di Jepun mereka telah mencipta sebuah robot itik yang memainkan peranan aktif dalam memastikan tanaman padi mereka tidak diserang rumpai liar dan serangga.

Ini bertujuan agar pembajaan yang digunakan tidak menggunakan sebarang racun rumpai dan bahan kimia bukan organik.

Advertisement

Robot itik akan bergerak diatas air secara automatik dan mengayuh kakinya bagi menghalang proses fotosintesis rumpai liar.

Pasti anda ingat bentuknya seperti seekor itik? Tidak ianya berbentuk seperti penyedut udara di rumah, 60cm panjang dan mempunyai berat 1.5kg.

Robot itik ini masih perlu dijaga oleh pekerja-pekerja sawah bagi memastikan mereka sentiasa sihat. Ia seperti seekor haiwan yang memerlukan jaganan rapi.

Robot itik boleh melakukan semua perkara tersebut tanpa perlu penyeliaan dari manusia, dan lengkap dengan sokongan sambungan WiFi dan GPS yang boleh digunakan bagi menjejak lokasi robot itik yang sedang berkerja.

Walaupun keberkesanan robot itik ini dapat diperlihatkan di beberapa lokasi dimana ia diuji, Nissan masih belum mempunyai pelan untuk melancarkan robot-robot ini buat masa ini. Teknologi ini telah diinovasikan dari seorang jurutera Nissan.

Sumber: nippon.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...