Roboh Replika Burung Helang : Mufti Kedah Bakal Bincang Bersama Jawatankuasa Fatwa

Trending

Roboh Replika Burung Helang : Mufti Kedah Bakal Bincang Bersama Jawatankuasa Fatwa

Mufti Kedah akan melakukan perbincangan lanjut dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam, jika ada gesaan untuk merobohkan replika burung helang yang terkenal di Dataran Lang, Langkawi.

Advertisement

Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin yang dipetik Malaysiakini berkata, hasil perbincangan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Kami belum melihat perkara ini, tetapi jika ada (gesaan dikemukakan), kami akan bincang secara rasmi. Buat masa ini, mufti tak kata apa lagi dan isu ini sudah lama.

“Pihak kami akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa, di situlah kita lihat apa yang sesuai dan patut untuk dikemukakan pada PBT,” katanya kepada portal berita itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dalam Berita Harian yang berkata, pembinaan replika sedemikian adalah haram dan patut dirobohkan kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.

Zamri membangkitkan perkara itu ekoran surat rasmi daripada sebuah PBT yang ingin tahu hukum membina replika burung helang.

Marwazi berkata, ketika membina mercu tanda itu, pihak berkaitan tidak merujuk Jabatan Agama Negeri Kedah dan sekarang jika mahu ia dirobohkan, rundingan perlu diadakan terlebih dahulu.

Patung helang setinggi 12 meter yang dinamakan Tugu Lang di Dataran Lang adalah mercu tanda Langkawi.

Nama Langkawi ialah kombinasi “Lang” dan “Kawi”, di mana “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu, iaitu helang yang boleh didapati di pulau bebas cukai itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...