August 12th, 2014

Pelakon terkenal Hollywood yang sebelum ini membintangi filem seperti Mrs. Doubtfire, Jumanji, Good Will Hunting dan Bicentennial Man ditemui mati di rumahnya, Isnin.
Keputusan rasmi mengenai punca kematian belum dikenal pasti, namun polis mempercayai Robin telah membunuh diri melalui asphyxia (cekikan).

The Hollywood Reporter melaporkan bahawa jurucakap Williams, Mara Buxbaum memberitahu:

Robin Williams meninggal dunia pagi ini. Dia bertarung melawan penyakit murung yang serius baru-baru ini. Ini ialah kehilangan yang tragik dan tidak dijangka. Keluarga beliau dengan penuh hormat memohon untuk privasi mereka bagi bersedih sepanjang masa yang sukar ini.

Isteri beliau, Susan Schneider, berkata:

Pagi ini, saya kehilangan suami dan kawan baik manakala dunia kehilangan seorang insan seni yang disayangi. Saya sangat sedih. Bagi pihak keluarga Robin, kami meminta privasi untuk kami bagi menghadapi kesedihan ini. Kami harap fokus takkan diberi kepada kematian Robin, tetapi saat-saat kegembiraan dan gelak ketawa yang diberinya kepada dunia.

 David Steinberg, pengurus beliau selama 35 tahun memberitahu:

Tiada siapa telah membuat dunia ketawa seperti Robin Williams. Adik lelaki saya, kawan saya dan teman sehati sejiwa saya.

 

Selamat tinggal, Robin Williams.


Comments are closed.

Loading...