Robert Pattinson Mahu Kristen Stewart Buang Semua Pakaian Miliknya

Robert Pattinson Mahu Kristen Stewart Buang Semua Pakaian Miliknya

Kristen Stewart mungkin telah memberitahu wartawan yang dia dan Robert Pattinson ‘baik sahaja’, tetapi menurut laporan terbaru, itu bukan apa yang sebenarnya berlaku. Sejak gambar-gambar skandal Stewart dengan pengarah ‘Snow White and the Huntsman’ mula tersebar, aktres filem ‘Twilight’ itu dilihat di sekitar bandar mengenakan kemeja-T dan topi milik Pattinson. Kini, bekas teman lelakinya itu dikatakan mahu Kristen menanggalkan semua pakaian miliknya.

“Rob beritahu dia, yang dia tak mahu Kristen memakai pakaian miliknya di tempat awam kerana mereka bukan couple lagi,” sumber yang dekat dengan pasangan tersebut memberitahu OK! Magazine. “Dia beritahu Kristen untuk buang semua pakaiannya. Dia tidak mahu pakai pakaian itu dan dia tak mahu Kristen memakainya juga. Rob lebih dari marah pada Kristen.”

Bertemu pertama kali di set penggambaran filem “Twilight” pada tahun 2008, Stewart dan Pattinson bercinta selama tiga tahun sebelum perhubungan mereka digegarkan Julai lepas dengan foto-foto intim Kristen bersama pengarah filem “Snow White and the Huntsman”. Foto-foto itu memaparkan Kristen bersiar-siar sekeliling Bandar dengan Rupert yang sudah berkahwin di kawasan-kawasan tersorok. Bukan itu saja, gambar-gambar kecurangan Kristen itu turut memaparkan Kristen memakai topi L.A Dodgers milik Pattinson pada hari tersebut.

Setelah foto-foto itu diterbitkan dan skandal itu mendapat perhatian umum, Stewart dan Pattinson berpindah keluar dari rumah yang mereka kongsi bersama, tapi nampaknya Stewart masih tidak melepaskan sebilangan item yang bukan miliknya. Dalam usaha untuk ‘memujuk’ Pattinson, Stewart dilihat banyak kali memakai pakaian milik Pattinson di tempat awam. Kristen dilihat mengenakan topi-topi, kemeja-T milik Pattinson dan barang-barang kemas hadiah Pattinson padanya.

Advertisement

Pattinson dikatakan amat kecewa dengan kecurangan Kristen. Pelakon kacak itu dikatakan bercadang untuk melamar Stewart sebelum gambar-gambar kecurangan itu didedahkan.

Ditanya sama ada dia bimbang dengan publisiti buruk berkenaan hubungannya dengan Pattinson, Stewart menjawab, “semuanya akan baik untuk kami. Kami baik saja”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

38 Comments

  1. LULU LALA

    September 14, 2012 at 8:55 am

    ntah pape … tak bole ke setia pada yang satu … pakwe tuh da la hensem .. byk duet … tinggi plak tuh … tak pahammmm …. pk2 kan la … kalo org setia ngan kite.. kite pun kene setia la ngan org .. tuh namanya commitment dlm perhubungan … pompuan mcm ni campak kat laut je mcm britney spears… lakonan pun tunggang langgang .. asek selak rambut .. gigit bibir pastuh muka peram tahan saket .. aduh tension aku tgk citer snow white tuh n twillight …

    • LALA LULU

      September 14, 2012 at 9:10 am

      Maner bleh..ni hollywood beb..asal hollywood jer wajid berskandal dan cerai..kalau kau tak camtu..takder orang nak pandangnyer..

    • lula lula

      September 25, 2012 at 10:18 pm

      xyh cri kt hollywood skandal2 ni..kt malaysia pn mcm cendawan tumbuh..

  2. Anak Merdeka Tapi Minda Masih Terjajah Cam Sial

    September 14, 2012 at 8:49 am

    Tak sebab kesian kat ko..tak reti pakai bahasa melayu..sia2 jer mak bapak ko lahirkan ko..baik mak bapak ko bela kambing jer dari lahirkan ko..poyo kah kah

  3. Anak Merdeka

    September 14, 2012 at 3:14 am

    Sebab ko x faham English kan? Tak yah la sibuk nak ckp org poyo…!

  4. honeywellz

    September 13, 2012 at 9:41 pm

    Kenapa kena kutuk Kristen sorang je. It takes two to tango and l think you should blame the married guy afterall he is the one who has taken a vow to be with someone, while Kristen is still single……… R. Patz handsome??? He is one weird looking guy and looks stoned most of the time. Sorry guys, l’m not a fan of either of them. Double standards…..if single men can sow their wild oats, while can’t single girls?…..What’s good for the goose is good for the gander…..Its only an opinion….

    • Azroy

      September 14, 2012 at 1:06 am

      Asal cakap pasal artis jer mesti “speaking”..dah tak reti nak cakap bahasa melayu ker? poyo punya malassssian

  5. comellotey

    September 13, 2012 at 7:35 pm

    dah dapt edward cullen ni blh curang.. adui.. ak pnya la minat n suka dgn dia ni… tgk twilight 100x pun xbosan sbb ade dia… huhuhuhuhu

Loading...