‘Roadkill’ Gajah Meningkat, Pakar Dakwa Kesedaran Rakyat Masih Lemah – “Laluan Patut Ditutup Lepas Tengah Malam”

Gaya Hidup

‘Roadkill’ Gajah Meningkat, Pakar Dakwa Kesedaran Rakyat Masih Lemah – “Laluan Patut Ditutup Lepas Tengah Malam”

Insiden menyayat hati seekor anak gajah mati digilis lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Ahad lalu bukan lagi kejadian kecil-kecilan.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini sahaja, lapan ekor gajah maut akibat dilanggar kenderaan di Semenanjung Malaysia, di mana tahun ini saja, tiga kes sudah direkodkan dan itu merupakan angka yang makin membimbangkan.

Advertisement

‘Gajah juga ada emosi..’

Melalui laporan mStar, pakar hidupan liar dari UPM, Dr Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan, memaklumkan bahawa walaupun undang-undang sedia ada sudah cukup kuat, kesedaran masyarakat masih lemah bila melibatkan keselamatan haiwan liar.

anak gajah kena langgar

Apa yang ramai tak tahu, menurut beliau, gajah juga ada emosi dan memori yang sangat kuat, malah boleh terkesan dari sudut psikologi apabila kehilangan ahli keluarga mereka.

Bukan saja induk, tapi seluruh kawanan akan rasa kehilangan. Mereka boleh berubah cara rayauan, waktu keluar, dan jadi lebih sensitif terhadap kehadiran kenderaan.

Cadangan ‘win-win’ untuk manusia & haiwan

Susulan itu, beliau mencadangkan laluan seperti JRTB ditutup selepas tengah malam, di mana waktu itu kebanyakan hidupan liar keluar mencari makan atau bermigrasi.

anak gajah kena langgar

Bukan setakat sekadar tutup jalan, beliau juga mencadangkan beberapa langkah jangka panjang yang boleh dilaksanakan seperti rancang jadual aktiviti manusia di kawasan tertentu agar tidak bertembung dengan waktu rayauan haiwan liar.

Selain itu, pasang sensor pergerakan dan sistem amaran awal yang dihubungkan terus ke aplikasi trafik seperti Waze  supaya pemandu boleh elak dari laluan berisiko secara real time.

Dalam pada itu, penanaman sumber makanan di kawasan rayauan gajah supaya haiwan ini tidak perlu menyeberang jalan untuk mencari makan.

laluan gerik-jeli gelap
1 day ago

Sepanjang Jalan Gelap Di Laluan Gerik-Jeli, Ini Rupanya Sebab Lampu Jalan Tidak Dipasang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...