RMK13 Intipati Utama : SARA Diteruskan, PTPTN Percuma & Bonus Penjawat Awam

Berita

RMK13 Intipati Utama : SARA Diteruskan, PTPTN Percuma & Bonus Penjawat Awam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 menekankan usaha kerajaan membantu rakyat tanpa menambah hutang negara. Antara inisiatif utama ialah SARA RM100 untuk 22 juta rakyat, diskaun tol 50% sempena Deepavali, dan pendidikan percuma PTPTN untuk pelajar B40, selaras dengan matlamat RMK13 yang menumpu kepada kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi.

Advertisement


22 Juta Rakyat Malaysia Terima SARA RM100 Februari 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari 2026.
Bantuan itu bertujuan membantu rakyat membuat persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA, memberi manfaat kepada hampir sembilan juta penerima.


Bantuan Khas Penjawat Awam Sebanyak RM500

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan pemberian khas RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran itu akan dibuat sebelum Aidilfitri 2026 sebagai tanda penghargaan atas khidmat mereka. Langkah ini juga mencerminkan komitmen kerajaan membantu kakitangan awam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.


Pelajar IPTA Dari Keluarga Miskin Terima Pendidikan Percuma PTPTN

Kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Langkah ini bertujuan mengurangkan beban hutang pelajar miskin serta memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih adil dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Lanjut di Instagram Beautifulnara.com

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Asyraf Khalid dilantik
2025-10-10 13:29:46

Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Pengarah Madani Research Centre - " Anak Muda Bukan Kurang Bakat, Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...