RM8 Juta Je, Pulau Persendirian Di Langkawi Ini Terbuka Untuk Jualan – “Harga Boleh Nego Lagi!”

Kehidupan

RM8 Juta Je, Pulau Persendirian Di Langkawi Ini Terbuka Untuk Jualan – “Harga Boleh Nego Lagi!”

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video oleh Azreen Ali yang mendedahkan kewujudan sebuah pulau persendirian untuk dijual di Langkawi dengan harga RM8 juta — dan menariknya, “boleh nego harga bro!”

Pulau tersebut dikenali sebagai Pulau Jemuruk, terletak di kawasan Ayer Hangat, Langkawi, dan berkeluasan sekitar 1.7 hektar.

Advertisement

Ia merupakan tanah Rizab Melayu berstatus pegangan bebas, menjadikannya menarik untuk pelabur tempatan.

Menurut laporan The Halal Explorer, pulau itu terletak di muara Sungai Kubang Badak dan mempunyai nilai geologi berusia lebih 500 juta tahun.

Dengan status tersebut, ia menawarkan peluang pelaburan unik, termasuk pembangunan resort mewah, pusat rekreasi eksklusif atau sebagai aset hartanah jangka panjang.

Dari segi lokasi, Pulau Jemuruk mudah diakses, hanya 5 hingga 7 minit perjalanan bot dari Jeti Kubang Badak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

perbandingan pemilikan kereta indonesia dan malaysia
3 weeks ago

Mudah Dan Murah, Netizen Indonesia Luah Rasa Kagum Dengan Sistem Pemilikan Kenderaan Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...