RM6 Sebekas Je Chor, Peniaga Jual Kuih Raya Harga Rahmah Di Ipoh Perak Jadi Tumpuan

Kehidupan

RM6 Sebekas Je Chor, Peniaga Jual Kuih Raya Harga Rahmah Di Ipoh Perak Jadi Tumpuan

Memetik Bernama, seorang wanita mengambil keputusan untuk menjual kuih raya dengan harga serendah RM6 sebekas gara-gara tersentuh hati dengan insiden seorang pelanggan yang tidak dapat membeli hidangan itu buat anaknya.

Khairruni Ahmad Zabidi,64 tahun mula menjual kuih raya harga rahmah selepas peristiwa menyedihkan itu.

Advertisement
Khairruni jual kuih raya RM6 di ipohSumber : BERNAMA 

Menurut Khairruni, perniagaan itu turut dibantu dua orang kakaknya dan dijual di gerai berdekatan lot parkir stesen minyak Shell, Jalan Raja Ashman di Ipoh Perak.

Biasalah pelanggan bila bawa anak-anak, ada anak yang peluk terus balang biskut namun oleh kerana harganya sekitar RM28 hingga RM35 sebalang, pelanggan tidak mampu nak bayar biskut yang dimahukan.

Jadi saya jual biskut serendah RM6. Jika pelanggan ada RM50 dengan biskut raya rahmah ini mereka boleh dapat hingga lapan bekas.

Antara kuih raya yang boleh didapati di gerai Khairruni adalah seperti biskut mazola, tart nenas, almond london, rempeyek dan banyak lagi.

Khairruni jual kuih raya RM6 sebekas di Ipoh PerakSumber : BERNAMA 

Malah, kesemua biskut dan kerepek dihasilkan pekerja yang terdiri daripada kalangan ibu tunggal bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.

Dia yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam penghasilan kuih raya turut menafikan sentimen ramai yang berpendapat bahawa jika kuih raya itu dijual dengan harga murah, pasti rasanya sama sahaja.

Menemui pelanggan di gerai Khairruni, seorang individu berkata dia sudah tahun kedua membeli kuih raya di gerai wanita itu kerana banyak pilihan dan murah.

“Apabila balik ke Ipoh, pasti saya akan singgah untuk dapatkan stok kuih raya kerana sedap dan banyak pilihan tanpa perlu berkira mengenai harga. Mungkin sebab itu ramai masih memilih dan mencari biskut raya harga RM6 ini apabila menjelang Aidilfitri.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

berebut kuih raya tak hirau aurat
14 hours ago

"Demi Sebalang Dark Famous Dan Bangkit Cheese" - Video Orang Ramai Berebut Beli Kuih Raya Mengundang Kritikan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...