Melalui laporan Hib Glam, penyanyi popular, Shila Amzah mendedahkan dirinya pernah ditawar menjadi duta jenama syampu di China beberapa tahun lalu dan bayaran yang ditawarkan tidak masuk dek akal.
Ditawar RM6 juta di China tapi dengan syarat..
Kata Shila, dirinya ditawar sebanyak 10 juta yuan (RM6 juta) tetapi dengan syarat dia perlu membuka tudung.
Ketika itu saya sudah berhijab. Saya terus tolak, tak perlu fikir pun.
Tawaran tersebut ditolak oleh penyanyi berkenaan tanpa sekelumit penyesalan di dada.
View this post on Instagram
Menjadi kebiasaan artis China terima berjuta-juta yuan
Dedah Shila ketika ditemu ramah bersama stesen radio tempatan, semalam, di China memang sudah menjadi kebiasaan untuk artis-artis mereka mempunyai duit yang banyak, memandangkan mereka dibayar dengan jutaan yuan untuk satu projek.
Memang di China pelakon dan penyanyi akan lebih kaya. Satu episod lakonan memang akan dibayar jutaan yuan.
Sekadar info, nama Shila Amzah mula menjadi perhatian di China selepas berjaya menjadi juara di pertandingan nyanyian Asian Wave pada tahun 2012 dan selepas itu, dia menyertai I am A Singer musim kedua pada 2014 membuatkan dia berpindah ke Hong Kong untuk mencari rezeki.