Kelantan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan lebih RM juta bagi kerja membaik pulih cerun runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Bukti Remah, Tanah Merah.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Menteri Besar iaitu Nassuruddin Daud mengumumkan kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk menyalurkan RM6,612,200 bagi kerja-kerja baik pulih cerun terbabit, yang runtuh susulan hujan lebat berterusan pada 26 November 2024.
Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kelulusan yang amat bermakna buat rakyat bagi memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera.
Suara rakyat akan terus dibawa dengan semangat budaya politik matang dan sejahtera yang juga menzahirkan semangat federalisme yang tinggi antara kerajaan negeri dan persekutuan demi kebaikan rakyat.
Nassuruddin memaklumkan bahawa kerajaan Kelantan telah bertindak segera dengan menghantar permohonan kepada kerajaan Persekutuan bagi menangani kejadian cerun runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) yang terjejas. Pergerakan tanah sepanjang 130 meter telah menyebabkan kerosakan serius pada struktur ‘sheet pile’ di tapak tersebut.

Selain itu, beberapa kemudahan penting turut terjejas, termasuk paip air mentah dan terawat yang pecah, serta ancaman terhadap bangunan seperti bilik klorin, tangki bahan kimia, dan sub-stesen TNB.
Bagi langkah awal, kerajaan Kelantan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM235,000 untuk menjalankan dua kajian oleh Jabatan Kerja Raya, iaitu Kajian Siasatan Tanah dan Kajian Ukur Terperinci di kawasan LRA yang terjejas.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.