Malang memang tidak berbau. Dan yang ini bukan sahaja tak berbau, malah tak akan disedari jika ibu Lisa Surihani tidak cuba mengeluarkan wang pada hari Jumaat lalu. RM50,000 adalah satu jumlah yang sangat besar lebih-lebih lagi kepada rakyat marhaen seperti Abang Nara ini
Ketika ibu Lisa Surihani membuat semakan baki kira-kira jam 10.30 pagi di Bangi, dia menyedari jumlah baki yang ada berkurangan daripada apa yang sepatutnya. Pihak bank kemudiannya memberitahu yang kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
Laporan polis telah pun dilakukan dan siasatan kini sedang dijalankan. Semoga Lisa tabah dengan dugaan ini. Sekarang ini memang macam-macam cara penipuan yang wujud. Diharap pembaca BeautifulNara turut berhati-hati. Masa keluarkan duit, sila perhatikan kiri kanan depan belakang dulu.