RM3.83 Juta Lesap Dalam Sekelip Mata Akibat Macau Scam

Trending

RM3.83 Juta Lesap Dalam Sekelip Mata Akibat Macau Scam

Dengan kemelut dunia menghadapi pandemik COVID-19, pasti ada sahaja sesetengah individu yang ingin mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Sesorang pesara swasta telah ditipu sebanyak RM3.83 juta akibat diperdaya oleh sindiket Macau Scam.

Individu yang berusia 90 tahun itu telah menerima sebuah panggilan telefon yang mendakwa diri mereka dari Pos Laju. Tambah mereka lagi, ada satu bungkusan yang dihantar dari Ipoh ke Sabah menggunakan butir-butir peribadinya.

Tanpa disedarinya, beliau telah disambungkan ke seorang “pegawai polis” warga tempatan berpangkat Sarjan. Namanya “Ho Mum Foo” dan bersama seorang inspektor atau pegawai atasannya “Herman Lee” mereka telah meyakinkan warga emas tersebut dengan fakta-fakta yang tidak sahih.

Advertisement

Tiada maklumat terperinci yang diberikan setakat ini tetapi menurut Bernama, pihak polis telahpun menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 43 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini.

Secara amnya, sindiket Macau Scam ini sentiasa mengambil kesempatan terhadap golongan warga emas yang tidak mempunya pengetahuan tentang dunia siber digital dan taktik penipuan yang sering digunakan.

Sumber : Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...