RM2K Seorang Termasuk Tiket Penerbangan Ke Perth, Tips Ini Sungguh Berbaloi!

Travel

RM2K Seorang Termasuk Tiket Penerbangan Ke Perth, Tips Ini Sungguh Berbaloi!

Pasti semua berkeinginan melancong ke luar negara. Kalau boleh nak kurangkan kos untuk terbang ke sana dan perbelanjaan bila sampai disana nanti.

Advertisement

Namun, tak semua orang tahu macam mana cara nak mengurangkan kos agar tidak melebihi bajet dan tidak terlalu besar kos yang dibelanjakan.

Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook yang mana membelanjakan cuma RM2K seorang untuk terbang ke Perth, Australia.

Jom ikuti perkongsian beliau..

“Assalamualaikum, di sini As nak share tips travel ke Perth. Actually tak perlu nak berhabis banyak pun kalau nak travel ni. Just perlu rajin kan diri utk buat research pasal tempat nak pergi and well prepared so that dpt murah. For me kalau well prepared lagi bagus sbb kalau gamble last minute selalunya cost akan jadi tinggi and banyak terlepas benda best.

Kami pergi Perth dari 28/8/2016 sampai 2/9/2016. 6hari 5malam. 4 dewasa & sorang baby. Semua bajet ni just utk 4 dewasa sebab almost semua benda utk baby free ya! Trip kali ni As plan relax je sebab bawa mak & baby. As prefer travel naik kereta sebab lagi selesa utk baby and mak.

First thing nak share pasal budget sebab budget paling penting kalau nak plan pergi mana2 ni kan. Budget :

1. Flight ticket : RM580 per person (tgh promo. Beli tiket 2 bulan sebelum pergi)

2. Luggage : RM160 (20kg pergi & balik)
– per person : RM40

3. Visa : RM20/person – Wiya Travel ([email protected])

4. Apartment Airbnb 5mins to Kings Park (6days 5nights utk 4org)
– 1 malam : RM390
– 5 malam : RM2050 (termasuk RM100 service fee)
– so per person : RM513 utk 6d5n

5. Aries Car Rental (Car rental paling murah kt Perth. Car rental ni org Malaysia punya. Harga ni termasuk baby seat RM90, wajib ambil ya kalau tak kena saman 550aud) – RM780
– so per person : RM195

6. Minyak kereta sepanjang 6hari 5malam cuma 72aud (RM216). Ni termasuk pergi tempat jauh (Pinnacles & Lancelin)
– per person : RM54

7. Parking kereta : Mostly tempat attraction free je. Cuma dalam Perth city & Fremantle kena bayar. Tak mahal pun. Budget lah dlm RM30 seminggu.
-Dalam RM8 per person.

8. Simkad Optus : 2aud. Utk 5hari 10aud je. Internet 500mb/day. Cukup utk guna waze.

9. Attractions yg kena bayar :
– Caversham : 27aud
– Araluen : 15aud
– Naik train @Araluen : 5aud
– Sandboard Rental : 10aud (sewa 1 board je pastu share2 sebab sorang naik 5kali je max pastu dah penat)
– The Pinnacles : 12aud per car
Attraction per person : RM207

10. Makan best & wajib pergi dekat Perth :
– Chicken Charcoal express dianella. Lamb ribs dia mmg terbaik.
– Corica Pastry. Apple strudel sedap! Cream puff dia pun best!
– Danish patisserie ( ni time kami pergi tutup sebab bukal smpai jam 2pm je).
– Kailis Fish & Chips. Ni tempat wajib pergi kalau dtg Fremantle.
– Coffee milk jenama Dare. Mmg sedap. Asyik beli je.
– Chicken gozleme

Total budget makan2 tanpa berjimat roughly : RM400 (termasuk shopping groceries utk masak sendiri)
So makan2 per person : RM100

TOTAL BUDGET KE PERTH TANPA BERJIMAT HANYA SEKITAR RM1900 JE. Boleh try totalkan sendiri semua yg dah tulis kt atas.

Oh lupa. Dah termasuk 50aud kami kena saman sebab tak bayar parking. Kami ingtkan satu tempat tu free sebab tak jumpa mesin bayar. Sigh. So semua yg nk bawa kereta make sure confirmkan betul2 tempat nk parking tu free or berbayar.

Semua bajet ni sesuai kalau pegi berempat. Kalau pergi berlima (full 1 kereta) lagi jimat sebab semua bahagi 5. Kalau pergi berdua lain budget nya ya!

Tempat best pulak. Ni itinerary kami.

Basic Itinerary :
Day 1
– sampai airport petang, beli simkad optus
– ambil kereta sewa
– check in apartment
– malam after solat, pergi groceries
– then singgah esplanade, Elizabeth Quay & Bell Tower

Day 2
– Margaret Choc Factory
– Vineyard (sebelah choc factory)
– Cheese factory (yg ni kitorg tak masuk and kt depan choc factory je, just berhenti utk amek gmbr sebab cantik sgt laluan nk ke cheese factory ni)
– Caversham Wildlife Park
– Megabes factory Malaga ( ni tempat beli souvenir paling murah dekat perth. Org malaysia punya. Ada few kedai souvenir megabes ni dekat perth, tp kt factory ni murah sbb owner dia ckp kilang ni diorg punya and tak perlu bayar sewa sebab tu murah. Megabes factory ni dekat je dgn caversham.
– Tempat solat : Masjid Mirrabooka. 10mins je dari megabes factory
– Woolworth (shopping groceries)

Day 3
– Araluen Botanic Garden : 1jam dari Perth
– Masjid Perth
– Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set.
– Hay street

Day 4
– Charcoal Chicken express Dianella (sedap sgt esp lamb ribs dia. And cheap too!)
– Blue boat house
– Uni Western Australia
– Rainbow sea container, fremantle
– Bathers Bay
– Kailis Fish Market
– Fremantle Esplanade Park
– Coles (supermarket best & murah)

Day 5 (200km+ dari Perth)
– The Pinnacles
– Hangover bay : dekat je dari Pinnacles
– Lancelin Sand Dunes
– Lancelin Beach : kami solat kt park sebalah Lancelin Beach. Toilet dia lengkap ada air and siap ada shower lg.
– BigW (supermarket jual corelle murah. Dekat supermarket lain ada jual jugak tapi BigW byk pilihan)

Day 6
– check out hotel
– Kings Park
– drop car rental dekat airport
– flight balik Malaysia

TIPS TRAVEL WITH BABY :
1. Bawa mainan dlm flight. As bawa busy board baby. Mmg best busy board ni! Im a free mama on board. Phew! Boleh beli busyboard ni dekat ig @aylafoo
2. Jaga mood and makan baby
3. Bawa ubat2 baby
4. As guna baby carrier boba air sebab senang nk lipat2. And kalau nk bawa stroller bawak yg ringan punya mcm brand Pockit. Boleh sewa stroller & baby carrier. Kalau nk sewa As punya boba air pun boleh.

Ok. Tu je kot. Kalau ada tak faham and nk tanya apa2 msg me ok. Feel free to share this post!

Sumber: FB Asnyra Roslan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...