RM250,000 Lesap Di Rumah, Syed Saddiq Nafi Wang Tersebut Adalah Milik PPBM

Trending

RM250,000 Lesap Di Rumah, Syed Saddiq Nafi Wang Tersebut Adalah Milik PPBM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Menteri Belia dan Sukan hari ini membuat laporan polis berkenaan kes kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000. Wang tersebut dipercayai lesap di kediaman beliau yang terletak di Kampung Tunku, Petaling Jaya. Beliau menyedari wang tersebut tiada dalam simpanan peti besi kira-kira pukul 7 malam semalam. Yang menimbulkan persoalan di sini, peti besi tersebut mempunyai kata laluan yang hanya diketahui oleh Syed Saddiq sendiri.

Kebiasaannya, Syed Saddiq akan memeriksa peti besi yang menyimpan wang tunai tersebut. Kali terakhir beliau memeriksa ialah pada dua minggu lalu. Sering juga Syed Saddiq tidak berada di kediamannya atas permintaan kerja.

Advertisement

Terdapat dakwaan yang mengatakan wang tersebut adalah wang parti politik. Selepas laporan polis dibuat, seorang pembantu rumah telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

salinan laporan polis

Dikatakan, terdapat 18 kesan cap jari yang ditemui di peti besi tersebut yang juga masih dalam siasatan.

Namun, menerusi laman Twitter rasmi Syed Saddiq, beliau menafikan bahawa wang tunai yang hilang itu merupakan milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin yang belum tentu kesahihannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...