RM25,000 Untuk Persembahan Setengah Jam Daripada Shila Amzah

Hiburan

RM25,000 Untuk Persembahan Setengah Jam Daripada Shila Amzah

Wow. Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan selama setengah jam, bayaran yang dikenakan oleh pihak Shila Amzah ialah sebanyak RM25,000. Menerusi Pancaindera semalam, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.

shila amzah

Advertisement

Namun janganlah anda semua salah sangka bahawa setiap persembahan Shila akan dikenakan bayaran sebanyak itu. Shila sendiri memahami tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar. Yang penting, kena bincang dan dapatkan persetujuan mengenai harga yang bersesuaian.

Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang.

Bagi Abang Nara, pasti ada sebabnya harga sebegini yang dikenakan oleh pengurusan Shila Amzah. Abang Nara yakin mereka yang mendapatkan khidmat Shila akan berpuas hati dengan bayaran yang dikeluarkan. Lagipun nama Shila sekarang memang makin popular. Jadi memanglah mahal sikit kan?

P.S: Lukisan dinding yang super realistik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

91 Comments

  1. Pingback: Hot Trending For 2012.11.16 : Shila Amzah | Rock It MySelebriti

  2. AdaAkuKesAH

    November 16, 2012 at 4:12 pm

    biaq lah kat dia , dia mampu lah nak letak harga berapa pun . dah allah dah tetapkan rezeki dia banyak tu so terima sajelah . jangan nak busuk hati dengan kejaan orang . tengok peminat ngara lain diorang support semua artis walaupun tak minat tapi kita bukan support kutok ada lah macam mana dunia hiburan nak maju kalau peminat yang suka dok komen yang teruk-teruk . fikir-fikirkanlah :)

  3. wiena

    November 14, 2012 at 8:57 am

    ptotla ramai budak2 skrg nk jd artis..nyanyi stgh jam je dpt 25k…haishh…

    • Anonymous

      November 18, 2012 at 4:18 am

      that if u r telented cerminlah diri….

  4. ustaz

    November 14, 2012 at 8:30 am

    ustaz kalau buat ceramah 2 jam pun x smpai RM250.00…..kome lain la

    • Anonymous

      November 18, 2012 at 4:16 am

      ustaz tak demand ceramah ikhlas… kerana allah…

  5. da da di di du

    November 13, 2012 at 5:19 pm

    Shila amzah ni suara biasa2 je..nk samakn dgn ning, jac atau dato ct..dia rasa cepat naik..lumayan hadiahnya..Dia pun letak hrga. Artis bru macm ginilah.

Loading...