RM25,000 Untuk Persembahan Setengah Jam Daripada Shila Amzah

Hiburan

RM25,000 Untuk Persembahan Setengah Jam Daripada Shila Amzah

Wow. Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan selama setengah jam, bayaran yang dikenakan oleh pihak Shila Amzah ialah sebanyak RM25,000. Menerusi Pancaindera semalam, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.

shila amzah

Advertisement

Namun janganlah anda semua salah sangka bahawa setiap persembahan Shila akan dikenakan bayaran sebanyak itu. Shila sendiri memahami tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar. Yang penting, kena bincang dan dapatkan persetujuan mengenai harga yang bersesuaian.

Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang.

Bagi Abang Nara, pasti ada sebabnya harga sebegini yang dikenakan oleh pengurusan Shila Amzah. Abang Nara yakin mereka yang mendapatkan khidmat Shila akan berpuas hati dengan bayaran yang dikeluarkan. Lagipun nama Shila sekarang memang makin popular. Jadi memanglah mahal sikit kan?

P.S: Lukisan dinding yang super realistik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

91 Comments

  1. da da di di du

    November 13, 2012 at 5:17 pm

    Shila amzah ni suara biasa2 je..nk samakn dngan ning, jac atau dato ct..dia rasa cepat naik..lumayan hadiahnya..Dia pun letak harga. Artis baru macm ginilah.

  2. da da di di du.

    November 13, 2012 at 5:17 pm

    Shila amzah ni suara biasa2 je..nk samakn dngan ning, jac atau dato ct..dia rasa cepat naik..lumayan hadiahnya..Dia pun letak harga. Artis baru macm ginilah selalu.

  3. si timah

    November 13, 2012 at 1:19 am

    itu harga standard penyanyi lah.
    7 tahun lepas office saya jemput ella 30min rm18k.
    itu 7 tahun lepas. sekarang tak tahu lah.
    tapi itu memang harga standard lah.

  4. noraabas

    November 12, 2012 at 9:28 pm

    no:1..x semestinya bagus..utk artis luar yg tah apa2 tu leh lak mintak mhal2..klau x suka 2 yg bgus pon ..kte x bgus..org melayu ni kan terkenal ngan busok hati..chayook shila

  5. she

    November 12, 2012 at 8:30 pm

    Jgn disebabkan mng asian wave tu jee trus nk smpai 25 k. Melampau , yg laen lg popular tp xde la mcm kau !

    • princess tiara

      November 13, 2012 at 12:18 am

      asian wave tu reality show ker..? maaf kita tak tahu sebab kita tengok running man…asian wave kita tak tengok..

    • Anonymous

      November 18, 2012 at 3:49 am

      kalau tak tengok survey dulu, janganlah tanya soalan bodoh…

    • Anonymous

      November 18, 2012 at 3:43 am

      patutnye kau bangga dia dapat bayaran banyak tu, kenapa nak kutuk, pada yang tak puas hati nak kutuk, gie Ikea beli cermin, cerminlah diri…

    • Anonymous

      November 18, 2012 at 3:46 am

      Yang lain tu harap “popular” je, tapi offer pun tak derrrr, camna nak deman….

Loading...