November 12th, 2012

Wow. Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan selama setengah jam, bayaran yang dikenakan oleh pihak Shila Amzah ialah sebanyak RM25,000. Menerusi Pancaindera semalam, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.

shila amzah

Namun janganlah anda semua salah sangka bahawa setiap persembahan Shila akan dikenakan bayaran sebanyak itu. Shila sendiri memahami tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar. Yang penting, kena bincang dan dapatkan persetujuan mengenai harga yang bersesuaian.

Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang.

Bagi Abang Nara, pasti ada sebabnya harga sebegini yang dikenakan oleh pengurusan Shila Amzah. Abang Nara yakin mereka yang mendapatkan khidmat Shila akan berpuas hati dengan bayaran yang dikeluarkan. Lagipun nama Shila sekarang memang makin popular. Jadi memanglah mahal sikit kan?

P.S: Lukisan dinding yang super realistik


91 responses to “RM25,000 Untuk Persembahan Setengah Jam Daripada Shila Amzah”

  1. jangan kecoh says:

    alamak tak yah lah kecoh2 , kita dok komen kat sini pun bkan dapat duit lah . shila amzah orang kutuk dia pun duit still masuk :) so kesimpulannya buang masa tambah dosa …

  2. jul rahman says:

    Dah rezeki shila…nak buat cmne? Kita patut sokong dia. Jangan nak lemahkan semangat dia pulak. Nama artis lain jangan pulak nak dikaitkan…..kira baguslah sebab shila adalah antara artis yg telah mencipta satu lagi sejarah kemenangan di luar negara sekaligus mengharumkan nama negara kita. Bertambah jugalah bilangan artis yg hebat di negara kita. Setakat 25k tu…tak banyak mana pun….

  3. Anonymous says:

    rasanya kalau suara pompuan nie aurat…. kalau tak salah le… dah kalau aurat renung2 kan…

    • Anonymous says:

      kalau nak bagi komen tu biarlah terang, kalau setakat nak kata suara pompuan nie aurat…. in my opinion it does not apply to our current challenging situation. Ini adalah salah satu punca rezeki bagi seseorang contohnye, ustazah, guru sekolah, dj (pompuan), lawyer…. so fikir-fikirkan…..

Loading...