Wow. Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan selama setengah jam, bayaran yang dikenakan oleh pihak Shila Amzah ialah sebanyak RM25,000. Menerusi Pancaindera semalam, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.
Namun janganlah anda semua salah sangka bahawa setiap persembahan Shila akan dikenakan bayaran sebanyak itu. Shila sendiri memahami tidak semua penganjur mempunyai bajet yang besar. Yang penting, kena bincang dan dapatkan persetujuan mengenai harga yang bersesuaian.
Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang.
Bagi Abang Nara, pasti ada sebabnya harga sebegini yang dikenakan oleh pengurusan Shila Amzah. Abang Nara yakin mereka yang mendapatkan khidmat Shila akan berpuas hati dengan bayaran yang dikeluarkan. Lagipun nama Shila sekarang memang makin popular. Jadi memanglah mahal sikit kan?