Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang berjumlah kira-kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kini sah menjadi hak milik kerajaan.
Menurut laporan, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pelucuthakan selepas pihak responden tidak mencabar permohonan berkenaan.
Ini bermakna wang tersebut secara rasmi menjadi milik kerajaan. Proses memasukkannya ke dalam Consolidated Fund sedang dilakukan dan dijangka dikreditkan ke akaun kerajaan dalam tempoh terdekat.

Ujar Azam, pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagaimanapun masih belum membuat keputusan untuk mendakwa mana-mana individu dalam kes berkenaan.
Terdahulu, Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus dilaporkan tidak berhasrat mencabar permohonan pelucuthakan.
Tambah Azam lagi, siasatan telah selesai dan pihaknya menyerahkan kepada TPR untuk menentukan tindakan selanjutnya.
Proses memasukkan wang ini dimulakan hari ini dan dalam tempoh terdekat akan masuk ke dalam akaun kerajaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.