“RM1,500 Je? Wow! Nampak Macam RM15k!” – Transformasi Dapur Ini Buat Netizen Terkejut

Trending

“RM1,500 Je? Wow! Nampak Macam RM15k!” – Transformasi Dapur Ini Buat Netizen Terkejut

Menghabiskan masa bersama keluarga adalah sangat penting. Tetapi ramai antara kita lupa untuk luangkan masa bersama keluarga kan. Alasannya adalah kerana terlalu sibuklah, banyak kerjalah, macam-macam.

Memandangkan sekarang ni masih lagi PKP, mesti banyak masa dekat rumah dengan keluarga, pastikan ada ‘family time‘ dengan aktiviti yang bermanfaat tau.

Advertisement

Ha, hari ini Amazing Nara nak cerita kat korang perkongsian seorang pengguna Twitter ni yang berjaya ‘renovate wet kitchen‘ dengan kos RM1500 je! Hebat ke tidak?

Menerusi laman Twitter gadis yang bernama Auni Faizun itu, dia turut berceloteh mengenai tugas-tugas ahli keluarganya ketika proses renovation tersebut.

“DIY by kakak & ayah selaku tukang, mak selaku banker bergerak!”

Sumber : Twitter

Yang menghiburkan tu, rupanya si ibu yang jadi banker bergerak ya, pandai cari sponsor, haha!

Kata gadis ini, tempoh untuk menyiapkan dapur itu memakan masa 2 bulan setengah. Walaupun nampak lama, tapi hasilnya memang sangat memuaskan mata yang melihat.

Tambah Auni, ayahnya sampai kena gout demi merealisasikan impian ibunya itu. Ha gigih betul kan, nasib cantik dan nampak ‘class’!

Sumber : Twitter

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terpegun dengan transformasi dapur yang tampak ‘ada ada’ itu.

Lebih menarik lagi kos keseluruhan cuma RM1500 je tau! Berbaloi-baloi.. 

Berkongsi tips dan perbelanjaan hasil DIY bersama itu, Auni memberitahu bahawa kakaknya yang membeli semua barangan dan alatan menukang.

“Kakak memang minat bertukang walaupun masa belajar dulu ambil kos lain” 

Yang paling penting, kos menjadi lebih jimat kerana mereka menggunakan keringat sendiri. Tak perlu dah upah orang lain, renovate ni pun boleh kira family time dah ni.

“Kitchen cabinet tu cuma beli kayu dan dia tukang sendiri. Table top & island table ayah buatkan”

Jika dapat dilihat di laman sosial Twitter, ternyata ramai yang memuji kehebatan keluarga ini menukang. Kreatif dan talented sangat.

Sumber : Twitter Auni

Sumber : Twitter Auni

Sumber : Twitter Auni

Menarik kan! Dapur cantik, harga pun berbaloi.. buat dengan family pulak tu, kenangan abadi ni. Apapun, semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit idea untuk korang semua ya! semoga bermanfaat.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...