Melalui laporan Astro Awani, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) iaitu Datuk Fuziah Salleh berkata nilai RM100 mungkin kelihatan kecil untuk sesetengah orang tetapi bagi pasangan warga emas, jumlah itu cukup untuk menampung mereka sepanjang sebulan.
Susulan itu, Fuziah berkata realiti tersebut menggambarkan betapa besar maknanya bantuan yang disalurkan oleh kerajaan untuk sesetengah golongan.
View this post on Instagram
Namun bagi orang lain, RM100 itu tiada apa bagi dia, beli aiskrim sahaja, belanja orang minum sahaja pun dan pelbagai nilai RM100 itu kepada orang biasa rakyat Malaysia, tapi kami di KPDN yang jaga kos sara hidup ini, tambah pula saya yang sentiasa di bawah dengar rintihan rakyat, RM100 itu besar.
Fuziah sewaktu berada dalam Majlis Pelancaran Program Kotak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata inisiatif ini bukan saja meringankan beban rakyat, tetapi juga mengangkat nilai kasih sayang antara sesama warga Malaysia selari dengan agenda Ihsan MADANI.
Kitaran ini penting. Kita membantu rakyat, pada masa sama menggerakkan ekonomi tempatan.