Sambutan hari lahir anak kepada usahawan terkenal, Farhana Zahra baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Farhana yang berasal dari Kelantan dilihat menghadiahkan pelbagai barangan mewah bernilai hampir RM1 juta sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-11.
Antara hadiah istimewa yang diberikan termasuklah komputer Apple, jam tangan mewah jenama Rolex dan sebuah kereta Toyota Vellfire.
Farhana berkata, sambutan itu diatur secara rahsia sebagai satu kejutan istimewa untuk anak tersayang.
Saya sengaja buat-buat lupa masa hari jadi dia sebab saya dah plan nak buat semua ni. Sebab tu dia cakap, ‘Yaya ingatkan mama lupa birthday Yaya.
Farhana turut menyatakan hasrat agar sambutan itu menjadi momen berharga buat anaknya dan meluahkan rasa syukur kerana berpeluang meraikannya dengan penuh bermakna.
Maafkan mama, ni je mama mampu bagi untuk anak mama. RM1 juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ini.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang kagum dengan kemewahan sambutan tersebut dan memuji usaha Farhana dalam membahagiakan anaknya.
Namun begitu, ada juga yang menegur agar Farhana tidak terlalu menunjukkan kemewahan demi mengelakkan tanggapan riak.
Anak orang kaya guys, mak dia kerja keras nak bagi anak-anak dia senang. Kalau kita di tempat dia pun macam-macam kita buat untuk anak-anak kita.
Riak sangat ayat tu. Tak cemburu tapi nampak riak di situ.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.