Hiasan pelamin pernikahan Yuna dan Adam Sinclair beberapa hari ini menjadi tumpuan ramai. Mereka memuji betapa indahnya rekaan pelamin tersebut bagaikan di kayangan apatah lagi ia berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi.
Ramai juga bakal mempelai yang teringin untuk mempunyai pelamin yang cantik seperti Yuna. Namun, harganya bukanlah RM 200 seperti yang diminta oleh ramai pelanggan.
Menerusi portal mStar Online, pereka pelamin Yuna iaitu Firdaus Othman memberitahu anggaran harga pelamin itu kira-kira RM 70,000. Ia bukan sahaja berdasarkan penggunaan bunga tetapi usaha mereka menyiapkan pelamin eksklusif itu selama tiga hari.
Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000.
Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan.
Firdaus juga memberitahu syarikatnya The Calla tidak akan membuat lagi konsep pelamin sebegitu kerana ia direka khas untuk Yuna dan Adam sahaja.