“RM 1 Juta Mahal? Demo Tak Kenal Bare..” – Usahawan Cik Na Jual Motosikal RXZ Catalyzer Asal Dari Kilang

Kehidupan

“RM 1 Juta Mahal? Demo Tak Kenal Bare..” – Usahawan Cik Na Jual Motosikal RXZ Catalyzer Asal Dari Kilang

Bukan RM26,000, bukan juga RM88,000, tetapi harga terbaharu yang ditawarkan untuk sebuah motosikal Yamaha RXZ Catalyzer yang didakwa belum didaftarkan dan masih asal dari kilang kini mencecah RM1 juta.

Tawaran itu dibuat oleh pempengaruh dan pengasas kosmetik, Farhana Zahra atau lebih dikenali sebagai Cikna, menerusi satu klip video di media sosial.

Advertisement

Menurut Cikna, motosikal berwarna merah itu dibeli olehnya setahun yang lalu dengan harga RM146,000.

Motosikal ini unregister (belum daftar), NOS (barang baru stok lama atau new old stock) ori (asal) kilang. Satu sahaja kat Malaysia dan ada dengan Cikna.

“Motosikal ini, Cikna beli pada harga RM146,000, tapi disebabkan Cikna dah simpan setahun, Cikna nak jual RM1 juta sahaja,” katanya.

Cikna turut menegaskan harga yang ditetapkannya itu adalah wajar dan tidak boleh dipertikai.

RXZ catalyzer RM1 juta

“Siapa kata RM1 juta mahal, demo tak kenal bare (barang). Satu sahaja tahu kat Malaysia, memang patut kita letak RM1 juta,” ujar Cikna lagi.

Netizen Kecam, Anggap Tidak Masuk Akal

Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pempengaruh itu yang dianggap tidak masuk akal dalam menetapkan harga jualan.

Seorang pengguna, Muhammad Fauzan Bob menulis:

Mengarut, tak berbaloi beli sampai RM1 juta, baik ambik Lamborghini ke, Harley Davidson ke, Hummer H3 ke, Mercedez Brabus ke, berbaloi lah juga.

Namun, ada juga netizen yang berpendapat ia hanyalah strategi konten untuk meraih perhatian.

“Dia ‘simple’ je, Bila rasa diri tu dah sendu dia buatlah content yang boleh tarik orang untuk cakap pasal dia. Naiklah ‘engagement’ dia, ramai lah orang cari tahu pasal dia,” kata Nur Fazliyana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-19 20:46:14

"Tak Nak Ada, Semak" - Pendapat Individu Mengenai 'Child Free Wedding' Undang Perdebatan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...