Rizman Ruzaini Enggan Ulas Isu Hutang, Tak Pasti Dakwaan Intan Najuwa Ditujukan Kepada Mereka – “Selagi Nama Kami Tak Kena ‘Petik’..”

Hiburan

Rizman Ruzaini Enggan Ulas Isu Hutang, Tak Pasti Dakwaan Intan Najuwa Ditujukan Kepada Mereka – “Selagi Nama Kami Tak Kena ‘Petik’..”

Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut selepas nama jenama mereka dikaitkan dengan dakwaan pelakon Intan Najuwa yang mendakwa seorang pereka gagal melunaskan hutang kepadanya.

Ketika ditemui portal media di Majlis Pelancaran Butik Rizman Ruzaini di Suria KLCC, Rizman Nordin menjelaskan bahawa pihaknya tidak pasti sama ada kenyataan tersebut ditujukan kepada mereka memandangkan Intan tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik.

Advertisement

Saya tak ada komen.

Sejujurnya sampai sekarang pun kita masih lagi tak ada komen apa-apa sebab kita tak tahu sama ada beliau tuju untuk siapa. So memang saya tak ada komen untuk itu.

Menurut Rizman, selepas lebih 20 tahun dalam industri fesyen, situasi seperti ini dianggap perkara biasa kerana sering timbul teka-teki dan spekulasi dalam kalangan orang ramai.

20 tahun dalam bisnes ini, itu normal. Kadang-kadang orang berteka-teki adakah itu kita dan sebagainya. Selagi bukan nama kami disebut, kita tak ada apa-apa komen.

Rizman turut menegaskan bahawa jenama Rizman Ruzaini tidak pernah menggunakan kontroversi sebagai strategi untuk menaikkan nama mereka.

Kontroversi ini kalau boleh kita nak elak. Saya percaya pada benda yang baik-baik.

Kami tidak memilih untuk naik dengan cara cipta kontroversi. Tapi apa sahaja yang mendatang, kita akan selesaikan secara profesional. Itu memang menjadi pegangan kami.

Terdahulu, pelakon Intan Najuwa, 28, meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pereka fesyen terkenal yang didakwa gagal melunaskan pinjaman wang seperti dijanjikan sejak bertahun-tahun lalu.

Menurutnya, individu terbabit merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji manis, namun mengelak daripada membayar semula meskipun masih hidup mewah.

Susulan kenyataan itu, nama Rizman Ruzaini mula menjadi sebutan netizen sebagai pihak yang dimaksudkan, meskipun tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharifah Husna
2025-10-11 16:24:40

Spekulasi Rumah Tangga Sharifah Husna & Halim Radzi Didakwa Bergolak, Netizen Perasan Dah Tak Follow Antara Satu Sama Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...