November 10th, 2016

Abang Nara nak main teka-teki dengan anda semua. Boleh tak anda fikirkan, apakah persamaan tiga selebriti di bawah ini?

neelofa

Neelofa yang meruntun jiwa para jejaka dengan renungan matanya

neelofa

Datuk Rizalman yang cukup popular dengan fesyen-fesyen hebatnya

neelofa

Dato’ Aliff Syukri yang popular dengan tagline “Terlajak Laris”

Jadi apakah persamaan ketiga-tiga selebriti yang cukup popular ini? Rasa-rasa dapat teka tak? Cuba fikir betul-betul. Tak dapat? Ok meh sini Abang Nara bagitau. Mereka ini semua adalah usahawan yang berjaya. Neelofa dengan perniagaan tudungnya, Datuk Rizalman dengan empayar fesyennya, dan sudah tentu, Dato’ Aliff Syukri dengan perniagaan kosmetiknya yang terkenal serata Malaysia. Mereka semua adalah anak Melayu yang menjadi sumber inspirasi dan lambang kejayaan di dalam bidang perniagaan. Dan satu lagi persamaan mereka ialah ketiga-tiganya telah pun hadir ke program Daya e-Usahawan 2016 anjuran MDEC pada 8-9 November lalu untuk berkongsi kisah kejayaan mereka.
neelofa

Bertemakan ‘Daya Digital Pemacu Kejayaan’, persidangan Daya e-Usahawan yang telah berlangsung di KLCC Convention Centre ini menyaksikan lebih 3,000 peserta telah hadir untuk mendengar sendiri pengalaman para usahawan selebriti seperti Rizalman, Neelofa serta Dato’ Aliff Syukri, organisasi korporat dan sektor swasta. Selaku seorang yang terlibat di dalam industri perniagaan elektronik ini, Abang Nara pun turut sama hadir ke persidangan ini. Rugi kalau tak pergi sebab kesemua speaker-speaker yang hadir bukan calang-calang orangnya. Banyak ilmu yang boleh dipelajari.

neelofa

Untuk makluman, persidangan e-Usahawan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Ternyata beliau mengenalpasti kepentingan perniagaan dalam talian dan kehadirannya pasti akan membakar semangat kesemua peserta yang hadir ke persidangan ini. Secara jujur, Abang Nara sendiri kagum melihat kejituan semangat 3,000 usahawan atas talian yang hadir ketika melangkah masuk ke dewan persidangan. Memang lain macam aura mereka. Semuanya begitu tekun mengambil nota, bertanya soalan dan berkongsi pengalaman serta tips-tips sepanjang menjadi e-usahawan.

neelofa

tue dia penuh kerusi dengan para peserta yang bersemangat jitu

Ketika Abang Nara sampai, di atas pentas, Dato’ Aliff Syukri iaitu pengasas syarikat D’ Herbs sedang berkongsi kisah kejayaan syarikatnya dari mula sehinggalah ke hari ini bersama para peserta. Serius menarik sangat kisah beliau. Bukan senang nak senang ini. Awal-awal loan kena tolak, orang tak percaya, dipandang lekeh dan macam-macam lagilah. Namun semua itu dianggap sebagai ujian dan cabaran oleh Dato’ Aliff Syukri. Segala kesukaran ini mendorong beliau untuk berjaya agar dapat membuktikan betapa silapnya tanggapan orang lain. Dan hari ini, seperti yang kita semua ketahui, Dato’ Aliff Syukri dan syarikat D’Herbs memang cukup terkenal seantero Malaysia.

neelofa

serius Abang Nara terus rasa bersemangat waja selepas mendengar perkongsian Dato’ Aliff Syukri

Abang Nara juga sempat berborak-borak dengan penganjur persidangan Daya e-Usahawan ini iaitu pihak MDEC. Menurut mereka, sebanyak 45,000 rakyat Malaysia yang kebanyakan adalah bumiputera telah mendaftar menerusi program e-usahawan ini. Namun untuk persidangan tahun ini, hanya 3,000 peserta sahaja yang telah dijemput hadir. Memang cukup bertuah 3,000 yang terpilih ini. Selain persidangan Daya e-Usahawan yang merupakan acara tahunan, MDEC juga secara berterusan memberikan kursus, latihan praktikal dan pemantauan berterusan sepanjang tahun bagi meningkatkan bakat dan kreativiti peserta sebagai usahawan, sekali gus membantu meningkatkan peluang pekerjaan serta bidang keusahawanan tempatan.

neelofa

sidang media Daya e-Usahawan oleh pihak MDEC

Secara jujur, Abang Nara hanya sempat menghadiri satu sesi perkongsian sahaja untuk persidangan Daya e-Usahawan 2016 kali ini. Dan memang terasa rugi sangat-sangat kerana tidak hadir sepenuhnya. Banyak sangat tips-tips berguna, ilmu-ilmu dan juga kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran untuk Abang Nara dan para peserta memperbaiki perniagaan atas talian masing-masing. Insya Allah tahun depan Abang Nara nak jadi orang pertama register dan dijemput untuk ke persidangan ini. Nak duduk barisan depan sekali agar dapat serap segala ilmu yang akan diajar.

neelofa

sempat Abang Nara bergambar dengan pembaca BeautifulNara yang mengenali diri ini

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program e-Usahawan anjuran MDEC ini, bolehlah ke laman web www.mdec.my dan juga LIKE Facebook My MDEC . Kalau anda memang dah ada perniagaan online, memang ini satu langkah yang sangat bagus untuk memajukan lagi perniagaan anda. Kalau baru nak bercita-cita untuk mula berniaga pun tak apa. Insya Allah pihak MDEC akan bantu anda dari mula. Sama-samalah kita majukan diri sendiri dan cuba untuk berjaya. Sekali kita tak berusaha, bila kita nak berjaya kan?


Comments are closed.

Loading...