Rizalman Ibrahim Dedah Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al-Quran Untuk Orang Dewasa

Hiburan

Rizalman Ibrahim Dedah Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al-Quran Untuk Orang Dewasa

Merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran, nama pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim mula disebut-sebut netizen berikutan sikap mulianya yang semakin senang diikuti masyarakat.

Rizalman Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al-Quran Untuk Orang Dewasa

Advertisement

Ujar Rizalman kepada umum di laman Instagramnya, penubuhan itu merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan selari dengan penubuhan Yayasan RI yang akan dibangunkan kelak.

https://www.instagram.com/p/CDxN8_lJTrc/?utm_source=ig_embed

“Anda tahu kan saya dalam proses nak tubuhkan Yayasan RI. Jadi, antara niat saya ialah menubuhkan pusat pengajian al-Quran untuk golongan orang-orang dewasa. Siapa yang tak sempat belajar mengaji dengan betul, yang nak belajar dan memperbetulkan bacaan mereka.”

Tambahnya lagi, pusat pengajian itu  dirancang bakal dibangunkan di Johor sebagai cawangan pertamanya.

Rizalman Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al-Quran Untuk Orang Dewasa

“Saya akan gajikan para ustaz dan ustazah, cari tempat, belikan kelengkapan serta berikan wakaf mushaf Amazing tu di situ dan akan bertempat di Johor Bahru sebagai negeri pertama.”

Jelas Rizalman, syarikatnya, Rinetwork akan membiayai sepenuhnya pusat pengajian tersebut sendiri sementara menunggu kelulusan penubuhan yayasannya itu.

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya di platform berkenaan dilihat tampil menzahirkan rasa syukur dengan khabar berita tersebut.

Rizalman Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al-Quran Untuk Orang Dewasa

Selain mengucapkan tahniah buatnya, para peminat juga dilihat sempat menitip kata-kata semangat buat Rizalman agar terus tabah dalam menempuh segala usaha yang dirancang.

Malah Rizalman juga tidak terlepas menyeru orang ramai menghulurkan jariah sebagai bekalan di Akhirat kelak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...