Rizalman Ibrahim Bengang Baju Rekaan Buat Pasangan Syawal & Fiqa Dikritik

Hiburan

Rizalman Ibrahim Bengang Baju Rekaan Buat Pasangan Syawal & Fiqa Dikritik

Pada hari Sabtu lepas kita telah menyaksikan pasangan juara Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa sah bergelar suami isteri. Mereka mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM 100,000 dan busana rekaan khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim.

Advertisement

Bertemakan konsep perkahwinan dalam taman, majlis tersebut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria 104.

Ramai yang memuji kecantikkan busana sentuhan Rizalman tetapi masih ada beberapa pihak yang mengkritik busana tersebut “tiada class” ataupun tiada keistimewaannya tersendiri yang mampu memukau setiap mata yang memandang.

Merasa bengang dengan komen tersebut, Rizalman telah bertindak untuk memuat naik foto komen tersebut di laman Facebook dan Instagram beliau dan meluahkan rasa hatinya terhadap kritikan tersebut.

Saya ikhlas kak, family dorang peluk dan menangis tak berenti2 cakap terimakasih tak terhingga. Saya rasa patutnya akak berdua yang patut BISU! Apa kata anda?? #geramaku

Sebenarnya baju rekaan Rizalman Ibrahim buat Syawal dan Fiqa ada keunikannya sendiri, manusia ini mempunyai pelbagai pandangan dalam menilaikan sesuatu.  Masing-masing mempunyai citarasa sendiri bukan?

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...