Riz Amin Akui Tak Malu Hubungi Pengarah Untuk Dapatkan Job

Hiburan

Riz Amin Akui Tak Malu Hubungi Pengarah Untuk Dapatkan Job

Mengakui tidak boleh hanya menunggu sesuatu tawaran datang bergolek tanpa sebarang usaha dan kerja keras, pelakon Riz Amin mendedahkan seseorang selebriti itu perlu membuang perasaan malu untuk menghubungi pengarah mahupun penerbit yang rapat untuk bertanya berkenaan peluang kerja.

Riz Amin Akui Tak Malu Hubungi Pengarah Untuk Dapatkan Tawaran Berlakon

Advertisement

Katanya, menjadi seorang pelakon juga sama seperti seorang peniaga. Tidak boleh malu untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya sentiasa hubungi penerbit atau pengarah yang dekat dan banyak memberi peluang kepada saya. Sebenarnya dalam hidup kita kalau malu akan rugi.”

Ujar Riz, beliau tidak hanya menghubungi kenalan rapat semata-mata untuk mendapatkan tawaran berlakon namun mendedahkan ingin bertanyakan khabar individu berkenaan.

Riz Amin Akui Tak Malu Hubungi Pengarah Untuk Dapatkan Tawaran Berlakon

Katanya, saling berhubung dengan rakan dalam industri juga antara faktor yang mampu mengeratkan lagi silaturahim.

“Kadang-kadang orang terlupa, kita la kena ingatkan orang itu supaya ingat kita. Tak semestinya kita hubungi penerbit atau pengarah semata-mata untuk minta job.”

Riz Amin Akui Tak Malu Hubungi Pengarah Untuk Dapatkan Tawaran Berlakon

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Riz dikhabarkan membelanjakan lebih RM24,000 bagi menjalani proses tanam rambut membabitkan 4,083 helai rambut.

Dedahnya, proses itu dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan rambut pada bahagian depan kepala selain untuk penampilan diri sebagai artis.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...