River Where The Moon Rises, Papar Kisah Cinta Serta Pengorbanan Puteri Pyeonggang & Jeneral On Dal

Hiburan

River Where The Moon Rises, Papar Kisah Cinta Serta Pengorbanan Puteri Pyeonggang & Jeneral On Dal

Masih tak dapat buat pilihan drama Korea menarik untuk ditonton? Haa.. Apa kata korang layari je Viu sekarang, sebab apa banyak seleksi pilihan drama Korea khas untuk korang.

Paling best, korang boleh mengikuti siri Viu Original pertama daripada Korea, River Where The Moon Rises.

Advertisement

Mula ditayangkan di Viu pada 15 Februari 2021, drama ini mengandingkan Ji Soo sebagai jeneral On Dal yang menyulam cinta bersama Kim So Hyun yang membawakan watak seorang puteri raja yang berani.

Drama River Where The Moon Rises merupakan tafsiran semula kisah klasik rakyat daripada zaman Goguryeo. 

Mengisahkan perjalanan hidup seorang puteri raja, Pyeonggang (Kim So Hyun) dibesarkan sebagai seorang pahlawan. Dia mempunyai cita-cita tinggi, ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo

Sejak kecil dia mengikut ibunya yang juga seorang permaisuri menjelajah kerajaan naungan mereka. Semasa dalam penjelajahan, mereka tiba di sebuah perkampungan dan bertemu dengan Panglima On Hyeop (Kang Ha Neul) dan anak lelakinya, On Dal (Jisoo). 

Permaisuri Yeon telah meminta bantuan Panglima On Hyeop menangani konspirasi yang sedang berlaku di ibu kota, namun kedua-dua mereka telah terbunuh dalam proses itu.

Bersama On Dal, Pyeonggang bakal membongkar konspirasi jahat dan berbahaya dalam kerajaannya. Tapi berjayakah mereka? Kalau korang nak tau, jangan lupa saksikan drama terbaru ni hanya di Viu!

Tak sabar nak tengok bagaimana Kim So Hyun membawakan dua persona berbeza sebagai seorang puteri dan juga tentera bernama Yeom Ga Jin.

Begitu juga dengan Jisoo, memegang watak sebagai general On Dal, peminat berharap kisah percintaannya kali ini akan berakhir bahagia kerana dia terkenal dengan percintaan yang tidak kesampaian.

River Where The Moon Rises turut menampilkan Lee Ji Hoon yang memegang watak Go Geon, general elit Goguryeo dan Choi Yoo Hwa sebagai Hae Mo Yong.

Drama Korea terbaik hanya di Viu

River Where the Moon Rises boleh ditonton secara eksklusif hanya di Viu. Bukan itu saja, korang juga boleh catch up drama Korea popular yang lain seperti True Beauty, Mr.Queen dan akan datang Penthouse 2, Mouse, Luca dan Dear M.

Menurut Virginia Lim, Chief Content Officer, Viu, pihaknya komited menawarkan kandungan hiburan premium Asia yang terbaik kepada penonton Viu. 

Pada tahun 2021 ini, Viu teruja untuk melabur lebih banyak dalam penghasilan siri original dan terutamanya drama siri Korea yang menawarkan kualiti produksi yang terbaik dan sinematografi berserta efek visual yang memukau. 

Lepas ni lagi banyak kdrama best korang boleh tonton dekat Viu je!

Tunggu apa lagi? Dapatkan hiburan Korea tanpa had dan banyak lagi hanya di www.viu.com atau nak lebih mudah muat turun secara percuma dari App Store, Google Play danTV pintar terpilih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...