Semalam telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi menghargai artis tempatan dan disiarkan secara langsung di TV3.
Kali ini, Sherry Al Hadad, AG Hot FM dan Rita Rudaini terpilih sebagai pengacara malam anugerah tersebut.
Walaubagaimanapun, netizen agak tidak bersetuju dengan pemilihan Rita sebagai pengacara kerana beliau kelihatan agak kekok.
Malah, gaya rambut Rita juga menjadi bahan lawak netizen sehingga ada yang berkata ia ibarat rambut ketika sedang dalam berpantang , baru bangun tidur dan macam-macam lagi.
Berikut antara komen netizen mengenai pengacaraan dan gaya rambut Rita :-
Alahai kesian juga dekat Rita kerana jadi bahan lawak dan kritikan netizen. Tidak apalah, ini mungkin kali pertama beliau mengacara dan siapa tahu pada masa hadapan Rita dapat menjadi seorang pengacara yang lebih baik.