Sebelum ini, Rita Rudaini mula menceburi bidang perniagaan makanan dengan membuka restoran, Rumah Kueh yang menjual kuih tradisional yang sukar didapati di bandar Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, khabarnya Rita sudah pun menutup restoran miliknya itu selepas setahun ia beroperasi.
Menurut Rita, beliau mengambil keputusan untuk menutup Rumah Kueh kerana ia tidak mendapat sambutan.
Sebenarnya keputusan saya menutup restoran itu bukan kerana ada apa-apa masalah sebaliknya kontrak menyewa premis itu sudah pun tamat baru-baru ini. Antara alasan lain saya tidak menyambung kontrak kerana pelanggan tidak ramai memandangkan kawasan itu bukannya tumpuan orang kerana ia masih baru.
Namun, Rita merencana untuk membuka semula Rumah Kueh di lokasi lain tetapi bukanlah dalam masa terdekat. Buat masa ini Rita mahu memberikan fokus kepada kerjaya lakonan beliau dan jadual beliau juga agak padat.