Written by serenity | October 17th, 2017

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini ada membuka sebuah restoran yang dinamakan Rumeh Kueh yang terletak di Sunway Giza,  Kota Damansara. Restoran itu menghidangkan makanan seperti nasi, lauk pauk dan kuih tradisional.

Gambar: Berita Harian Sg

Namun begitu, ia hanya beroperasi selama setahun sebelum ditutup sejak Ramadan lepas. Kepada Harian Metro, Rita mendakwa ia bukan ditutup kerana tidak laku, sebaliknya kerana komitmen terhadap kerja lain dan lakonan.

Ia terpaksa ditutup kerana saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap restoran itu. Ini kerana komitmen kerja dan jadual lakonan saya amat padat.

Bagi saya, apabila membuka perniagaan restoran saya perlu berada di sana atau wakil ahli keluarga perlu memantaunya. Kalau harapkan orang luar untuk menjaga restoran itu agak susah.

Rita bagaimanapun mengakui banyak masalah yang timbul sepanjang restoran itu dibuka dan dia juga tidak percaya jika orang luar mengendalikannya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Banyak masalah yang timbul sepanjang setahun menguruskan restoran itu. Bagaimanapun, itu perkara biasa kerana dalam setiap perniagaan pasti ada ujian dan masalah yang perlu saya hadapi.

Dia juga menafikan bahawa restoran itu tidak laku mahupun mengalami masalah kewangan. Dia juga tidak meraih keuntungan dari perniagaan restoran tersebut.

Saya anggap ini semua pengalaman untuk saya.

Penulis cuba mencari beberapa review pelanggan berkenaan Rumah Kueh, antaranya, seorang penulis blog mendakwa harga kuih tradisional di situ terlalu mahal.

Menurut Red Bella:

Haaa.. Kau rasa?? Kuih cara RM6 ada 5 ketul. Kuih koci RM3.60 ada 2 ketul. Hahahaha.. Rasa macam orang kaya makan kuih je.

Apa pun, membuka sebuah perniagaan makanan memang bukan mudah. Pengalaman yang didapati boleh digunakan untuk memperbaiki perkhidmatan sekiranya membuka semula restoran di masa hadapan, bukan? – beautifulnara.com

74 responses to Rita Rudaini Tutup Restoran Kerana Komitmen Kerja, Bukan Sebab Tak Laku

  1. elle says:

    bukak kedai kueh je pon nak buka kt tmpt yg grand2, pastu deco grand2, pastu charge customer mahal2, gilos ke ape, org bley dpt kueh makcik2 jual 4 ketul rm2 lah RR oii.. jadual kerja n lakonan padat, aku x rase nmpk muke die berlakon lg kt mane2 drama taun ni kecuali cite ahli mesyuarat tingkap yg ntah ape2 je tu

  2. johan says:

    berlakon je la rita, itu je keje mudah dan dpt income byk, meniaga menipu bukan senang skrg, vida aliff expert menipu, extract pamoga, cit, ko letak flavour n fragrance, kata EXTRACT, Google ni..www.mane.com, supplier flavour n fragrance, berlambak company sabun ke, food processing, ubat2tan beli product ni, kalau korang nak tahu, tahun 80an, ada tonik warna hijau, kalau kita minum sesudu pagi, bdn segar, bgn pun cepat, rajin, hilangkan rasa letih, sma type mcm pamoga, kerajaan banned. kandungan drug tu sama je dgn pamoga, jus nusantara…oii melalut plak, ok rita pg berlakon, bodek kak ton, berlakon dgn dia, drama 100 episod, adaptasi, harap2 main actress, x pun blkng skit, dpt 3-400 ratus satu hari pun jadilah, itupun kalau byk shoot utk ko..kalau 1 hari 15 shoot masak ko

  3. jay says:

    lepas kedai Aidil tutup kedai RR tutup…. dua2 tak pandai berniaga

  4. erk says:

    lain kali, sblm bukak apa2 bisnes carilah ilmu, mantapkan skil. kalau bisnes bersandarkan populariti yang ada, INSYA ALLAH 2 TAHUN JE KO DA MELINGKUP. ni bukan soal riak ke apa. ni soal realiti. ko tgk je laa sesapa pun. even yg jual tepi jln. tak ada ilmu, x payah berniagalah. cari pendapatan lain. bisnes kalu semata2 nak kaya, at the end ko kayap.

  5. Anonymous says:

    Makan kueh n minum saje sampai 33.70??Mak aii!!!!!

  6. Anonymous says:

    Baik makan steak/ chicken chop drp makan kueh ko. Mahal siapa nk pergi? Lain la customer ko datin2 dan puan2 seri…