Rita Rudaini Tidak Serik Kahwin Lagi, Teringin Cahaya Mata Perempuan

Hiburan

Rita Rudaini Tidak Serik Kahwin Lagi, Teringin Cahaya Mata Perempuan

Walaupun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan, aktres Rita Rudaini bagaimanapun tidak merasa serik untuk berkahwin lagi sekiranya dikurniakan jodoh yang baik. Rita juga ada meluahkan keinginan beliau untuk menimang cahaya mata perempuan satu hari nanti.

Advertisement

Saya tidak serik, cuma saya tak mencari. Kehidupan saya sekarang dah selesa. Tapi kalau Tuhan hantar jodoh kepada saya, biarlah jodoh itu yang terbaik untuk anak-anak. Bila tengok orang mengandung, rasa seronok. Apabila tengok budak perempuan, saya suka dan teringin juga nak anak perempuan. Tapi saya serahkan semuanya kepada rezeki Tuhan. Saya tak terfikir nak ambil anak angkat dan kalau boleh mahu dari zuriat sendiri.

Rita mempunyai dua orang cahaya mata lelaki  iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan bersama bekas suami, Aidil Zafuan. Jodoh setiap orang sudah tertulis, ianya cuma cepat atau lambat sahaja. InsyaAllah, satu hari nanti akan ada lelaki yang akan menjadi peneman hidup Rita dan menyayangi anak-anaknya sepenuh hati.

Sumber Berita : Tonton Extra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...