Sudah empat tahun berturut-turut menyambut Aidilfitri bersama anak-anak tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami nyata tidak mematahkan semangat aktres Rita Rudaini meraikan bulan Syawal dengan meriah.
Jelas Rita, perkara itu tidak memberikan sebarang perbezaan buat dirinya dan apa yang penting beliau dapat beraya dengan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna bersama keluarga beliau di Arau, Perlis.
Hari raya atau hari biasa, saya tidak pernah rasa sunyi. Ketika masih berkahwin dulu pun tiada apa yang istimewa. Jadi, ada suami atau tidak, situasi dan suasananya sama saja. Apabila ada anak, hati saya lebih terisi dengan mereka.
Saya bukan jenis tak boleh hidup tanpa lelaki. Malah, jauh sekali pentingkan diri dan disebabkan itulah sampai sekarang saya belum terfikir untuk berkahwin lagi.
Buat Rita, beliau tidak mahu membazir dalam membuat persiapan Aidilfitri dan mahu lebih berserdehana dalam meraikannya serta tidak mahu menunjuk-nunjuk. Jadi untuk tahun ini beliau hanya membeli dua pasang baju buat dirinya manakala anak dibelikan jubah sahaja.
Walaupun tenaga wanita tidak sekuat lelaki tetapi mereka diberikan ketabahan yang cukup hebat dalam menghadapi dugaan hidup dan membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang lelaki didalam hidup mereka. Siapa cakap tiada lelaki tak leh hidup kan? Untuk apa juga kalau mereka hadir hanya untuk menyakitkan hati?