Tiba sahaja bulan puasa, pasti bazaar Ramadhan akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli juadah berbuka puasa. Sampai sesak juga lah setiap bazaar yang ada. Malah, ada juga selebriti yang membawa anak-anak mereka ke bazaar Ramadhan tetapi bukan Rita Rudaini. Menurut Rita, anak-anaknya tidak pernah menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan kerana beliau bimbang dengan keselamatan mereka.
Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka salah satu keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di satu tempat yang sama.
Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal pergerakan mereka. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka.
Setiap ibu bapa pasti akan risau dengan keselamatan anak mereka dan sebolehnya mahu mengelak daripada kejadian tidak diingini berlaku. Tidak mengapalah, tunggu besar sikit nanti boleh lah anak-anak Rita merasai pengalaman ke bazaar Ramadhan.