Kerap memuat naik foto bekas suaminya, Aidil Zafuan bersama anak-anak mereka di akaun Instagram, kisah rumah tangga Rita Rudaini sejak kebelakangan ini kembali menjadi perhatian netizen.
Pelbagai juga tomahan yang dilemparkan kepadanya apabila sesetengah netizen mendakwa Rita sebenarnya masih merindui bekas suaminya itu dan belum lagi ‘move on’. Namun, Rita tidak kisah sekiranya ramai yang menganggap beliau gila talak.
Saya muat naik foto anak dengan bapa mereka saja. Bukan orang lain pun. Tak kan saya nak letak gambar anak-anak dengan lelaki lain pula. Benda positif pun saya kena kecam. Kalau tak letak, netizen persoalkan pula. Orang suka hati nak tuduh saya macam-macam. Tapi saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke, hanya Allah saja tahu niat saya.
Rita sebelum ini menjelaskan tujuan beliau menyimpan foto-foto lama bersama Aidil adalah hanya sekadar kenangan untuk anak-anaknya sahaja. Malah, Rita juga ingin menyatakan beliau tidak mempunyai masalah dengan bekas suaminya itu.
Kredit Foto : Aziah Azmee