Meskipun sudah lama sah bercerai , masih ada lagi beberapa perkara yang Rita Rudaini ingin selesaikan bersama bekas suaminya Aidil Zafuan.
Rita tetap mahu bertegas dalam tuntutan edah sebanyak RM15,000 terhadap Aidil dan bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan diluar mahkamah jika bekas suaminya itu ingin berbincang secara baik.
Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan pada 29 September 2016. Namun sehari sebelum itu pihak Aidil menghantar surat menyatakan keinginan untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah.
Menerusi surat sama dia menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000, tetapi saya tak bersetuju kerana kenapa perlu satu pihak yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan?
Menurut Rita, beliau sudah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan pihak beliau masih lagi menunggu jawapan balas daripada Aidil.
Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit membayar kos guaman. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu.
Namun, disebabkan keengganannya melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah.
Lama juga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan turun naik mahkamah bukan? Kalau Rita sudah cuba bertolak ansur untuk cuba menyelesaikan masalah penceraian mereka diluar mahkamah apa salahnya untuk Aidil setuju. Tidak perlu lah panjangkan lagi perkara ini dan masing-masing boleh hidup lebih tenang.